Laporan Kejohanan Ihtifal Peringkat Negeri Perak
Pada tarikh 19 Mei yang lalu, Sekolah kita telah menghantar sebanyak 2 pasukan nasyid terdiri daripada kumpulan lelaki dan perempuan. Kejohanan Ihtifal Negeri Perak kali ini berlangsung di Seri Al-ummah Chemor. Dua orang guru penasihat telah ditugaskan untuk bersama peserta sekolah kita di sana.
Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya meraih johan bagi kategori lelaki iaitu kumpulan Soutul Ummah, manakala kumpulan perempuan iaitu Soutul Raudah meraih naib johan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing yang telah membanggakan sekolah kita dan berjaya ke peringkat kebangsaan. Pihak sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita semua. Nahwal Imtiyaz!

No comments:
Post a Comment